MAJLIS BACAAN YAASIN & MUNAJAT GAZA BERDARAH



MAJLIS BACAAN YAASIN & MUNAJAT GAZA BERDARAH

Tarikh: 27 Disember 2012
Masa: 7.00pm
Tempat: Surau Insaniah Stargate

Catatan: Persatuan Eksekutif Muamalat PERTEMU 2012/2013 telah mengajurkan Majlis Bacaan Yaasin & Munajat Gaza Berdarah. Majlis dimulakan dengan solat Magharib berjemaah yang diimamkan sendiri oleh Sdr Muhammad Aminur Shafiq Bin Mohamad Abduh, Presiden PERTEMU seterusnya diikuti dengan Bacaan Yaasin & Tahlil yang di ketuai oleh Sdr Muhamad Helmi Bin Ahmad Sabri, EXCO Penerangan, Informasi & Penerbitan. sejurus selepas itu Presiden PERTEMU memberi ucapan dan kata kata semangat untuk pelajar muamalat bagi mengharungi semester ini, kemudiannya majlis diteruskan dengan Solat Isya' dan Hajat  berjemaah yang diimamkan oelh Ust Wan Muhd Shahrizan Bin Mohamed Yatim, Presiden MPM. selepas selesai solat sedikit tazkirah dan perkongsian ilmu disampaikan oleh Presiden MPM. majlis berakhir jam 9.30 pm. turut hadir barisan kepimpinan PERTEMU serta JAKSA Stargate.


Sekitar majlis Bacaan Yaasin
Majlis Bacaan Yaasin sedang berlangsung



Ucapan oleh tuan Presiden PERTEMU

Bacaan doa dan munajat yang dipimpin oleh ust wan muhd shahrizan  Presiden  MPM 

Pelajar muslimat turut hadir

hadirin sedang khusyuk mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Presiden MPM

Ust Wan Muhd Shahrizan sedang memberi tazkirah

Barisan kepimpinan PERTEMU bergambar kenangan bersama Presiden MPM


Sedang menjamu selera selepas majlis di Restoren Nasi Ayam Singapore

Impian jadi kenyataan - INSANIAH UNIVERSITI UMMAH

Kampus Tetap Kolej Universiti INSANIAH kini bersedia menerima pelajar bagi sesi pengajian Mei 2013. projek yang bermula pada 18 Februari 2009 berjaya disiapkan mengikut perangcangan. kampus seluas 330 ekor dengan kos RM330 juta ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri kedah darul aman. bermula hanya dengan 7 program kini INSANIAH menawarkan 47 program pelbagai displin pengajian daripada Asasi hingga PHD termasuk perubatan.

Alhamdulillah baru baru ini Semua Kepimpinan Persatuan Eksekutif Muamalat (PERTEMU) bersama Semua Staf Akademik & Pentadbiran Kulliyyah Muamalat telah mengadakan Lawatan Rasmi ke Kampus Baru Kolej Universiti INSANIAH di Kuala Ketil. Pihak Rombongan telah diberikan Penerangan berkaitan proses pembangunan kampus baru ini oleh Prof. Dr. Mohd. Muslim, Pengarah Pembangunan Kampus Kuala Ketiul. Seterusnya pihak rombongan telah dibawa melawat sekitar kampus baru ini antaranya Bangunan Canselori, Bangunan Kulliyyah Muamalat, Bangunan Perpustakaan & Dewan Utama di kampus baru ini. Turut bersama dalam rombongan ini ialah YBhg. Dato' Latifah Hassan, Pendaftar Baru KUIN, Prof. Madya Hj. Abdul Aziz Bin Abdul Kadir, Dekan Kulliyyah Muamalat & En. Masri Azrul Bin Nayan, Penasihat PERTEMU, Timbalan-timbalan Dekan Kulliyyah Muamalat & Ketua-ketua Jabatan Kulliyyah Muamalat

Banner Sayangi Kedah

Bangunan censelori tersergam indah
Pemandangan dari bilik Rektor tingkat 5

Presiden PERTEMU(baju oren) sedang mendengar taklimat yang di berikan oleh Prof  Dr Muslim (baju hitam) Pengarah Pembangunan Kampus KUIN,




Prof. Dr. Mohd. Muslim sedang memberikan taklimat kepada staf dan pensyarah kuliyyah muamalat,,turut hadir YBhg Dato Latipah Hassan Pendaftar KUIN,
Wakaf yg di bina sepanjang laluan ke bangunan kuliyyah Muamalat,

Pokok Kurma di tanam bagi mengindahkan persekitaran KUIN,

Bangunan Kuliyyah Muamalat dan Multimedia 
Pensyarah serta barisan PERTEMU bergamabr kenangan bersama Dekan  Kuliyyah Muamalat Prof Madya Abd Aziz Abd Kadir 

Barisan kepimpinan PERTEMU 2012/2013 bergambar bersama Dekan Muamalat serta Penasihat PERTEMU,

REKTOR TERIMA PENGIKTIRAFAN ISOSS


REKTOR_KOT_COKLAT


DOHA, 19 Dis. –Rektor Kolej Universiti INSANIAH, Prof. Dato’ Wira Dr. Jamil Osman menerima pengiktirafan berprestij Pertubuhan Sains Statistik Negara-Negara Islam (ISOSS) apabila dianugerahkan Pingat Emas ISOSS pada persidangan dwi-tahunan ke-12 ISOSS yang diadakan di Universiti Qatar disampaikan Presiden Universiti Qatar, Prof. Ali S. Hadi.

Penganugerahan berprestij itu adalah bagi menghargai sumbangan dan kepimpinan beliau dalam bidang statistik, perkhidmatan profesional dan pentadbiran di Malaysia. Anugerah itu juga adalah yang pertama kepada rakyat Malaysia di pentas antarabangsa dalam bidang berkenaan.

Untuk rekod, Prof. Dato’ Wira Dr. Jamil Osman adalah mantan Presiden Institut Statistik Malaysia

USRAH PERTEMU KALI PERTAMA SESI 2012/2013


Malam tadi satu usrah telah diadakan untuk kepimpinan PERTEMU. Usrah ini di adakan bertujuan untuk memantapkan lagi persefahaman dan persaudaraan dikalangan Ahli MT & EXCO PERTEMU. Naqib bagi usrah ini ialah Ust Wan Mohd. Shahrizan Mohd Yatim Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa MPM KUIN. Usrah akan diadakan sebulan 2 kali.

EXCO Muslimat PERTEMU 2012/2013 Bergambar bersama Naqib Usrah




EXCO Muslimin PERTEMU 2012/2013 Bergambar bersama Naqib Usrah
Naqib Usrah (kopiah putih) Ust Wan Mohd Shahrizan Bin Mohd Yatim  merangkap Presiden  MPM


RENUNGAN: APA ITU DERMA


APA ITU DERMA ???

DALIL
Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya”.

(Surah Al-Baqarah: 261)

KEBAIKAN MENDERMA
i. Dapat menyucikan harta yang ada.
ii. Dapat membantu golongan fakir miskin.
iii. Mewujudkan rasa kasih sayang.
iv. Menjadikan harta lebih diberkati dan diperluaskan lagi rezeki.

KEMULIAAN ORANG YANG MENDERMA:
i. Menjadi penaung di akhirat apabila berada di Padang Mahsyar.
ii. Diringankan hisab di akhirat.
iii. Menambah berat timbangan amalan kebaikan di akhirat.
iv. Memudahkan laluan di Titian Siratul Mustaqim.

Menderma dalam konsep Islam bukan sekadar membantu golongan miskin dan mereka yang ditimpa musibah, malahan juga boleh dibuat melalui pembiayaan pembinaan rumah anak-anak yatim, golongan orang kurang upaya dan warga emas. Menderma juga boleh diertikan dengan menyediakan peralatan seperti makanan, pakaian, perabot dan lain-lain peralatan yang bersesuaian bagi golongan tersebut.

Pelajar IPT bebas jadi calon PRU, kata Khaled


PUTRAJAYA - Penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) bebas melibatkan diri dalam aktiviti parti-parti politik di luar kampus termasuk menjadi calon pilihan raya umum, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, malam tadi.

Beliau berkata, ini berikutan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 yang membenarkan penglibatan mahasiswa secara langsung dalam aktiviti dan parti politik di luar kampus tanpa sebarang sekatan.

"Kalau rasa yakin boleh menang (dalam pilihan raya), pelajar boleh menjadi calon mana-mana parti. Ini merupakan satu pengiktirafan kerajaan kepada mahasiswa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pemimpin

Pelajar 2012 dan pelancaran Program Pensijilan 1Citizen di sini.

Mohamed Khaled berkata, langkah membenarkan pelajar menjadi calon pilihan raya menunjukkan kepercayaan dan pengiktirafan kerajaan terhadap kemampuan dan keupayaan mahasiswa berfikir, bertanggungjawab serta membuat keputusan dengan matang demi menentukan masa depan mereka.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, pelajar tidak dibenarkan langsung membawa politik mana-mana parti ke dalam kampus.

Mohamed Khaled turut menyaran mahasiswa supaya mempertahankan keharmonian kampus sebagai entiti bebas politik kepartian dan kekal neutral bagi mencapai aspirasi dan matlamat pendidikan serta tujuan keberadaan di IPT.

"Persekitaran kampus yang neutral perlu dipelihara untuk melahirkan mahasiswa yang dapat memperluas dan meneroka daya pemikiran yang kritikal, membina minda dan keupayaan intelektual mereka sendiri sekali gus dapat menerapkan budaya kesarjanaan di kalangan mereka," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, Konvensyen Pemimpin Pelajar IPT merupakan wahana pembangunan dan penjenamaan fungsi, peranan serta kaedah strategik bagi meningkatkan kecekapan, tanggungjawab dan hala tuju pemimpin pelajar IPT di negara ini.

Program Pensijilan 1Citizen merupakan pogram latihan yang dibangunkan khas untuk memupuk perpaduan negara dan masyarakat pelbagai kaum melalui penggunaan teknologi secara berhemah. - Bernama

ILMU, AMAL DAN TAQWA KUNCI KEJAYAAN


Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Alumni Kolej Universiti INSANIAH, Prof. Dr. Wan Sulaiman Wan Yusoff menggariskan tiga elemen penting iaitu ilmu, amal dan taqwa sebagai kunci menjadi pelajar cemerlang.

Perkara itu disuarakan dalam ucapannya di hadapan lebih 300 pelajar baru pada Majlis Perasmian Penutup Minggu Silaturrahim (MSR) dan Lafaz Ikrar Pelajar Pengambilan Disember 2012 di Dewan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini.

Menurut beliau tiga elemen berkenaan perlu disertakan azam kuat dan usaha berterusan tanpa mengenal erti jemu bagi memastikan hasrat mereka tercapai. Beliau turut mengingatkan mereka agar sentiasa berdoa dan bertawakal kepada Allah S.W.T. memohon dipermudahkan mendapat ilmu disampaikan.

Terdahulu MSR yang bermula sejak 3 Disember lalu dan melabuhkan tirainya hari ini dengan lafaz ikrar diketuai Mohd. Nasrul Islam Mohd. Darus bermakna bermulanya fasa baru kehidupan mereka sebagai mahasiswa dan mahasiswi di INSANIAH.

PENGAMBILAN DISEMBER, INSANIAH TERIMA 297 PELAJAR BARU



INSANIAH, 3 Dis. – Lima pelajar antarabangsa adalah antara 297 pelajar baru yang mendaftarkan diri pada sesi pendaftaran bagi sidang Akademik 2012/ 2013 di Kampus INSANIAH Mergong hari ini.

Terdahulu sesi pendaftaran yang bermula jam lapan pagi disusuli taklimat kepada ibubapa dihadiri Rektor INSANIAH, Prof. Dato’ Wira Dr. Jamil Osman, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Alumni Prof Dr. Wan Sulaiman Wan Yusoff, Timbalan Pendaftar Ustaz Sayuthi Sanusi, Dekan Hal Ehwal Akademik (HEA), Prof. Madya Dr. Ahmad Fauzi Idris, Dekan HEP Dr. Rohani Desa di samping pensyarah dan pegawai kanan INSANIAH.

Berucap dalam ucapannya Prof. Dato’ Wira Dr. Jamil Osman mengucapkan tahniah kepada pelajar yang terpilih melanjutkan pengajian ke INSANIAH sambil menyifatkan ia adalah pilihan tepat.

Menawarkan pelbagai kulliyyah pengajian agama yang menjadi tunjang INSANIAH dan diperkukuhkan lagi menerusi kulliyyah konvensional seperti kejuruteraan dan perubatan, Prof. Dato’ Wira Dr. Jamil percaya konsep integrasi ilmu yang diperkenalkan dapat melahirkan pelajar yang bukan sahaja mempunyai bekalan ilmu bermanfaat malah mempunyai sahsiah diri terpuji.

Dalam pada itu Jabatan HEA menjangkakan, bilangan yang mendaftar akan terus bertambah selepas mereka mengumumkan akan membuka sesi pendaftaran sehingga akhir bulan ini.