PENGAMBILAN DISEMBER, INSANIAH TERIMA 297 PELAJAR BARU



INSANIAH, 3 Dis. – Lima pelajar antarabangsa adalah antara 297 pelajar baru yang mendaftarkan diri pada sesi pendaftaran bagi sidang Akademik 2012/ 2013 di Kampus INSANIAH Mergong hari ini.

Terdahulu sesi pendaftaran yang bermula jam lapan pagi disusuli taklimat kepada ibubapa dihadiri Rektor INSANIAH, Prof. Dato’ Wira Dr. Jamil Osman, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Alumni Prof Dr. Wan Sulaiman Wan Yusoff, Timbalan Pendaftar Ustaz Sayuthi Sanusi, Dekan Hal Ehwal Akademik (HEA), Prof. Madya Dr. Ahmad Fauzi Idris, Dekan HEP Dr. Rohani Desa di samping pensyarah dan pegawai kanan INSANIAH.

Berucap dalam ucapannya Prof. Dato’ Wira Dr. Jamil Osman mengucapkan tahniah kepada pelajar yang terpilih melanjutkan pengajian ke INSANIAH sambil menyifatkan ia adalah pilihan tepat.

Menawarkan pelbagai kulliyyah pengajian agama yang menjadi tunjang INSANIAH dan diperkukuhkan lagi menerusi kulliyyah konvensional seperti kejuruteraan dan perubatan, Prof. Dato’ Wira Dr. Jamil percaya konsep integrasi ilmu yang diperkenalkan dapat melahirkan pelajar yang bukan sahaja mempunyai bekalan ilmu bermanfaat malah mempunyai sahsiah diri terpuji.

Dalam pada itu Jabatan HEA menjangkakan, bilangan yang mendaftar akan terus bertambah selepas mereka mengumumkan akan membuka sesi pendaftaran sehingga akhir bulan ini.

2 comments:

  1. Tahniah buat Persatuan Eksekutif Muamalat (PERTEMU) kerana berjaya menyediakan satu lagi wadah jaringan ilmu dan maklumat..

    Semoga terus istiqamah dan rajin-rajin meng"update" selalu...

    ReplyDelete
  2. trma ksh,,insyaallah kmi akan usaha kan yg terbaik,,

    ReplyDelete