TUNKU BENDAHARA KEDAH BERKENAN DILANTIK PRO CANSELOR INSANIAH

ALOR SETAR, 5 Jan. – Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Alhaj Ibni Almarhum Sultan Badlishah juga Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah berkenan menerima menghadap wakil Kolej Universiti INSANIAH dketuai Rektor Prof. Dato’ Wira Dr. Jamil Osman di Istana Anak Bukit.

Majlis yang turut disertai Pendaftar, Dato’ Latifah Hassan dan Timbalan Pendaftar, Ustaz Sayuthi Sanusi bertujuan menyembah maklum dan memohon perkenan YTM Tunku Bendahara dilantik sebagai Pro Canselor INSANIAH sempena Perasmian Kampus INSANIAH Kuala Ketil dan Istiadat Konvokesyen Khas, 29 Januari ini.

YTM Tunku Bendahara meluangkan masa hampir sejam bersama rombongan dimaklumkan akan perkembangan terkini pembangunan fizikal kampus induk INSANIAH dan YTM Tunku Bendahara berkenan dilantik sebagai Pro Canselor INSANIAH.

Perasmian Kampus INSANIAH Kuala Ketil dan Istiadat Konvokesyen Khas yang dijadual 29 Januari akan disempurnakan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah juga Canselor INSANIAH.

Pada majlis berkenaan juga akan menyaksikan mantan Menteri Kewangan, Dato’ Wira Dr. Affifudin Omar dilantik sebagai Pro Canselor kedua menggantikan Dato’ Dr. Halim Ismail.

No comments:

Post a Comment